Ekawan com Melancarkan Perkhidmatan Blog Percuma

Released on = December 11, 2006, 10:25 pm

Press Release Author = eKawan

Industry = Entertainment

Press Release Summary = Ekawan memudahkan 250,000 ahli berdaftar untuk menulis blog

Press Release Body = Malaysia, 03 Januari 2007 - Ekawan.com portal komuniti yang
paling mudah untuk berhubung dengan kawan-kawan telah mengumumkan perkhidmatan blog
percuma yang membolehkan kawan-kawan dengan mudah menulis jurnal secara online
dengan kawan-kawan. Blog Ekawan menawarkan kemudahan-kemudahan unik yang mudah
diakses, dikemaskini dan dikongsi di dalam laman web seperti yang terdapat di dalam
portal Myspace dengan Friendster.

Bermula hari ini, ahli berdaftar Ekawan di seluruh Malaysia akan mempunyai keperluan
akses secara online untuk melakukan aktiviti seperti log pelancongan, jurnal dan
buku simpanan digital atau menyimpan dan berkongsi minat yang sama serta pandangan
dan komen.

"Blog adalah misi Ekawan dalam menghubungkan kawan di sekitar komuniti bagi
menyenangkan kawan-kawan terdekat sentiasa berhubung dan berkongsi pengalaman," kata
Encik Zaid, Pengarah Urusan Ekawan. Blog Ekawan merupakan perkhidmatan blog percuma
yang paling mudah digunakan di dalam web dan ini adalah matlamat Ekawan yang ingin
memudahkan orang ramai menggunakan blog tersebut, iaitu dengan hanya satu klik
daripada biodata Ekawan memnbolehkan ia secara langsung pergi ke blog Ekawan.

Dengan hanya satu klik daripada biodata blog Ekawan tanpa kekeliruan pengetahuan
teknologi dan keperluan teknikal, ahli berdaftar boleh memasukkan gambar dan pautan
ke dalam blog mereka, memberi komen dan mengkategorikan jurnal mereka. Pilihan
antaramuka pengguna dan kandungan seperti warna, bingkai, jenis tulisan dan
sebagainya juga disediakan. Panel kawalan juga membenarkan ahli berdaftar
berkomunikasi secara tertutup dan terbuka mengikut pilihan ahli masing-masing.

Untuk menggalakkan minat yang mendalam dalam teknologi digital dan telefon bimbit
berasaskan kamera digital, blog Ekawan menyokong MMS, iaitu penghantaran gambar ke
dalam blog adalah mudah seperti menghantar email dan album foto. Selain itu,
penambahan tajuk, sub-tajuk, tarikh, lain-lain maklumat juga disediakan.

"Ekawan amat berdedikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik dalam perkhidmatan blog
di dalam laman web Ekawan dan mengharapkan blog komuniti Ekawan akan berkembang,"
kata Cik Qimie, Ketua Pegawai Eksekutif.


Tentang Kami
Ekawan.com adalah salah satu komuniti mobile yang terulung di Malaysia dan merupakan
satu komuniti untuk mencari rakan, berkongsi gambar-gambar,bertukar-tukar blog,
berkongsi minat, merancang aktiviti, mencari teman hidup dan memperkembangkan
rangkaian teman-teman dan rakan-rakan anda melalui SMS, MMS, WAP, 3G dan juga
Internet. Ekawan.com menggunakan perisian rangkaian sosial MatchLogix(c). Pelantar
mobile disediakan oleh Nextnation Interactice yang merupakan antara penyedia solusi
mobile Multimedia di asia tenggara yang terulung.


Web Site = http://www.ekawan.com

Contact Details = Nextnation Network Berhad
Unit 605, Block F, Phileo Damansara One,
No 9, Jln 16/11, 46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 7660 5510
Fax: 603 7665 9978
Email: wan@nextnationnet.com

  • Printer Friendly Format
  • Back to previous page...
  • Back to home page...
  • Submit your press releases...
  •